Bangunan Tabung Haji. foto HAZROL ZAINAL, 11 DISEMBER 2018.

KUALA KANGSAR – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM5,785,570.19 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan menerima bayaran zakat dalam satu majlis di Istana Iskandariah, daripada Mohd Ridzuan Wahi, Pengurus Besar (Simpanan & Pengeluaran) TH.

Tabung Haji berkata, bayaran zakat bagi negeri Perak ini mencatatkan peningkatan sebanyak 27.6 peratus berbanding tahun 2017 (RM4,533,919.04).

“Setiap tahun, TH melaksanakan bayaran zakat yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab TH sebagai sebuah organisasi Islam dengan sasaran untuk memperkasakan kewangan Islam dan pembangunan sosio-ekonomi ummah terutama bagi golongan asnaf,” kata Mohd Ridzuan.

TH berharap pembayaran zakat ini dapat dimanfaatkan oleh MAIPk ke arah kemampanan program-program zakat yang dirangka di negeri Perak bagi kelestarian ekonomi golongan asnaf, tambahnya lagi.

Jumlah keseluruhan bayaran zakat TH 2018 terus mencatatkan peningkatan sebanyak 26.6 peratus (RM85.57 juta) berbanding tahun 2017 (RM67.61). – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.