KUALA LUMPUR – Kenanga Investment Bank Berhad telah menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia untuk membeli 100 peratus kepentingan dalam Libra Invest Group (Libra Invest) bagi anak syarikat pengurusan asetnya Kenanga Investor Berhad (KIB) pada harga RM50.1 juta.

Libra Invest adalah cabang pengurusan dana ECM Libra Financial Group Berhad.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Harga itu berdasarkan nilai aset bersih Libra Invest pada hari terakhir bulan sebelum tarikh penyelesaian dan premium sebanyak RM35.0 juta.

Datuk Chay Wai Leong, Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank berkata, pengambilalihan ini dijangka meningkatkan nilai aset pengurusan KIB melebihi RM10 bilion, sekali gus meningkatkan kedudukannya sebagai salah satu syarikat amanah saham dan pengurusan aset terkemuka di Malaysia. – MalaysiaGazette