Seorang penumpang pesawat maut selepas menelan 246 paket kokain.

MEXICO CITY – Seorang lelaki Jepun mati dalam penerbangan ke Mexico City selepas menelan 246 paket kokain.

Pesawat itu dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, terpaksa membuat pendaratan cemas di Sonora selepas lelaki itu mula mengalami kekejangan.

Lelaki dikenalpasti sebagai Udo N itu maut akibat bengkak otak yang disebabkan pengambilan dadah secara berlebihan.

Penumpang itu menaiki penerbangan tersebut selepas memulakan pengembaraannya di Bogota.

Bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat lelaki itu menemui paket berukuran 2.5 sentimeter penjang dan 1 sentimeter lebar dalam perut lelaki dan duburnya.

Pihak berkuasa Mexico masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut. – MalaysiaGazette