TERKINI : Syed Saddiq Yang Tak Nak Lepaskan Saya! – Ben Ali

KUALA LUMPUR – Demi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perniagaan, Ben Ali umum tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Exco Pemuda dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan akan datang.

Nekad hanya akan memegang jawatan itu sepenggal sahaja, Ben Ali atau Nur Ali Nadzwan, 27 berpendirian niatnya untuk membantu Bersatu mencapai kemenangan pada PRU-14 telah tercapai.