SYDNEY (Reuters) –Syarikat permainan video, Sony Interactive Entertainment Europe Ltd. didapati melanggar undang-undang pengguna Australia dengan memberitahu para pembeli yang mereka tidak akan mendapat pemulangan wang di atas kerosakan permainan PlayStation yang telah dimuat turun atau yang telah dibeli lebih daripada 14 hari.

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) dalam satu tuntutan mahkamah berkata, Sony Europe yang merupakan anak syarikat Jepun Sony Corp. itu turut memberitahu pelanggan bahawa mereka tidak akan memulangkan semula wang melainkan pembangunan permainan tersebut yang merupakan sebuah entiti berasingan membuat pengesahan produk tersebut rosak dan tidak boleh diperbaiki.

Apabila Sony bersetuju untuk membuat pemulangan wang, mereka hanya mahu melakukannya menggunakan kredit kedai dan bukannya tunai.

“Sony Europe memberikan maklumat yang salah dan mengelirukan kepada pelanggan-pelanggan mengenai hak mereka berhubung permainan video yang telah dijual melalui PlayStation store,” kata Pengerusi ACCC Rod Sims.- MalaysiaGazette