Chelsea capai persetujuan bersama real Madrid untuk melepaskan Hazard ke Bernabeu dengan harga 115 juta pound.

ENGLAND – Chelsea akhirnya bersetuju untuk membenarkan Eden Hazard menyertai Real Madrid musim ini.

The Blues membuat keputusan itu setelah menerima tawaran harga rekod 115 juta pound untuk pemain sayap Belgium itu.

Hazard sebenarnya merancang meninggalkan Stamford Bridge pada 2018 sebelum disekat Maurizio Sarri.

Sarri meminta Hazard kekal di kelab untuk setahun lagi sebelum bersetuju untuk membenarkan pemain itu meinggalkan kelab.

Chelsea digantung semusim untuk tidak terlibat mana mana proses membeli dan menjual pemain sekaligus menggugat peluang Hazard ke Bernabeu.

Bagaimanapun pemilik kelab, Roman Abramovich mencelah untuk memastikan Hazard menyertai Real Madrid.

Chelsea dilaporkan akan menerima 100 juta pound hasil jualan Hazard.

Hazard juga dilaporkan akan menerima gaji 400,000 pound seminggu berbanding 300,000 seminggu yang diterima di Stamford Bridge.

Presiden Real Madrid Florentino Perez juga mendedahkan pembelian Hazard akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

“Saya ada impian untuk menurunkan Hazard ke Real Madrid tahun ini dan percaya ia akan tercapai,” tegasnya.- MalaysiaGazette