KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR – Peperiksaan bertulis The Association of Chatered Certified Accountants (ACCA) akan tetap diteruskan seperti yang dijadualkan pada 3 hingga 7 Jun ini walaupun cuti umum sambutan Aidilfitri pada 5 dan 6 Jun ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan terbaharu memberitahu peperiksaan berkenaan melibatkan 37 pusat peperiksaan dengan 10,795 calon di 13 buah negari seluruh negara.

Seramai 363 orang pegawai peperiksaan telah dilantik atas dasar penawaran secara sukarela.

Peperiksaan berkenaan dikendalian secara serentak di 400 pusat di 170 buah negara seluruh dunia.

“Memandangkan peperiksaan ACCA adalah peperiksaan bertaraf profesional, KPM komited dalam menjaga kepentingan calon Malaysia yang telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut.

“Ia juga bertujuan menjaga jalinan kerjasama yang telah lama wujud di antara KPM dan pihak ACCA,” kata Lembaga Peperiksaan dalam kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, calon peperiksaan ACCA sesi Jun 2019 yang terlibat hendaklah hadir ke pusat peperiksaan seperti yang dijadualkan.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.