Foto Instagram Sharnaaz Ahmad

KUALA LUMPUR – Isteri pelakon Sharnaaz Ahmad,  Noor Nabila berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan anaknya, Jebat Jayden.

Kata kakak kepada pengacara Neelofa itu, Jebat beransur pulih dan sudah mampu tersenyum selepas menjalani pembedahan pada 23 Mei lalu.

Perkongsian ini dibuat menerusi sebuah entri di Instagram miliknya.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan anak saya @jebatjayden.

“Alhamdulillah baby dah semakin sihat, dah start makan, dah senyum, dah ajak bergurau. Terima kasih Ya Allah,” tulisnya.

Pada masa sama, Sharnaaz turut meluahkan rasa terharu di Instagram miliknya kerana ramai yang menyayangi Jebat.

“Kesihatan jebat sembuh dengan kuasa Allah Yang Maha Esa..

“Saya dihujani oleh mesej rakan-rakan yang prihatin..Terharu sangat orang ramai sayangkan jebat.

“Sampai ke Mekah orang mendoakan dia..Terima kasih sangat. Semoga Allah rahmati kita semua dunia akhirat.

“Terima kasih sangat-sanat..Selamat berhari raya buat semua umat Islam,” tulisnya sebagai kapsyen.

Sebelum ini, Jebat Jayden dilaporkan mengalami jangkitan saluran kencing (UTI).

Nabila dan aktor Sharnaaz Ahmad berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki itu pada 30 Ogos lalu. – MalaysiaGazette