Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Fahmi Fadzil (empat kana) diiringi Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman bergambar kenangan pada Maljis Serahan Sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena sambutan Syawal kepada 150 Asnaf PPR Kg Limau, PPR Seri Cempaka dan PPR Pantai Ria pada 23 Mei lalu. foto UNIT MEDIA TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada 400 keluarga dalam golongan kurang berkemampuan dengan memberikan sumbangan berbentuk barangan makanan.

Usaha murni ini melibatkan 50 buah keluarga di lapan buah komuniti perumahan Lembah Pantai iaitu Apartment Abdullah Hukum, Apartment Putra Ria, Program Perumahan Rakyat (PPR) Kg. Kerinchi, PPR Seri Anggerik, PPR Pantai Ria, PPR Kg. Limau, PPR Seri Cempaka dan Perumahan Awam Sri Pahang.

Sumbangan ini bukan sahaja dapat meringankan bebanan mereka dalam persiapan menyambut Aidilfitri, bahkan mendekatkan lagi TNB dengan kejiranannya.

MGF31052019_SumbanganAsnafTNB_02
Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Fahmi Fadzil (tengah) diiringi Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman menyerahkan sumbangan persiapan Syawal dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada golongan asnaf Apartment Abdullah Hukum dan Apartment Putra Ria pada 27 Mei lalu. foto UNIT MEDIA TNB
MGF31052019_SumbanganAsnafTNB_03
Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Fahmi Fadzil (tengah) bergambar kenangan dengan golongan asnaf kawasan Lembah Pantai menerusi sumbangan persiapan Syawal oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menceriakan sambutan hari raya yang disempurnakan pada 28 Mei lalu di PPR Kerinchi, Kuala Lumpur. foto UNIT MEDIA TNB
MGF31052019_SumbanganAsnafTNB_04
Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Fahmi Fadzil (tengah) bergambar kenangan dengan golongan asnaf kawasan Lembah Pantai menerusi sumbangan persiapan Syawal oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menceriakan sambutan hari raya yang disempurnakan pada 30 Mei lalu di PPR Anggerik, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. foto UNIT MEDIA TNB