KAHERAH – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sebarang langkah oleh badan antarabangsa yang menyokong lanjutan penempatan di wilayah Palestin, termasuk keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Menurut kenyataan sidang kemucak OIC yang berlangsung di Makkah berkata, pertubuhan itu menentang semua tindakan haram Israel yang mahu mengubah fakta-fakta berhubung penempatan wilayah Palestin yang diduduki termasuk Baitulmaqdis.

Malah, OIC menggesa semua negara-negara anggota untuk mengambil langkah yang sesuai dalam menentang tindakan negara-negara yang memindahkan kedutaan mereka ke Baitulmaqdis.

OIC juga enggan menerima apa-apa cadangan untuk penyelesaian damai yang tidak sesuai dengan hak sah rakyat Palestinyang tidak dapat dipertikaikan, kata kenyataan akhir itu.

OIC menekankan pentingnya untuk mengumpulkan sokongan bagi bajet kerajaan Palestin untuk meneruskan kerjanya.

Sidang kemuncak OIC juga menggesa Amerika Syarikat untuk menarik balik Sudan dari senarai penaja keganasan. – MalaysiaGazette