Trofi Juara Liga-Liga milik Liverpool. foto Agensi

MADRID – Liverpool menebus kekecewaan final tahun lalu apabila menutup musim 2018/2019 dengan menjulang trofi Liga Juara-Juara di sini sebentar tadi.

Anak buah Jurgen Klopp itu menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 menerusi jaringan Mohamed Salah seawal minit kedua dan Divock Origi tiga minit sebelum perlawanan berakhir.

Lebih manis, Salah menamat badi hanya beraksi 20 minit di atas padang pada final musim lalu kerana cedera sebelum tewas 0-2 kepada Real Madrid.

Kejayaan The Reds cukup dramatik kerana laluan mereka ke final bermula layak ke pusingan kalah mati hanya kelebihan gol terhadap Napoli di peringkat kumpulan.

Di separuh akhir pula, mereka ketinggalan tiga gol dalam pusingan pertama dengan gergasi Sepanyol, FC Barcelona sebelum bangkit 4-0 di Anfield.

Liverpool kini muncul sebagai pasukan ketiga paling banyak memenangi kejohanan kelab paling berprestij itu sebanyak enam kali selepas Real Madrid (13) dan AC Milan (7). – MalaysiaGazette