MAS
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd. Kapten Izham Ismail.

KUALA LUMPUR- Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail tidak bersetuju sekiranya syarikat penerbangan nasional itu ditutup, demikian laporan beberapa media tempatan.

Katanya, langkah penutupan syarikat tersebut akan menelan kos yang besar, menjejaskan masa depan 13,500 kakitangannya serta kesemua rangkaian bekalan seperti pembekal, vendor dan pemajak pesawat.

“Penutupan Malaysia Airlines adalah satu langkah yang silap.

Ini pendapat peribadi saya, bukan pandangan syarikat mahu pun pemegang saham atau ahli lembaga pengarah,” katanya kepada media Malaysia selepas semasa menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) ke-75 di Seoul, Korea Selatan.

Menurut Izham, beliau sangat mengalu-alukan kedatangan pelabur untuk membantu memulihkan syarikat penerbangan tersebut.

“Saya mengalu-alukan sinergi, bukan sahaja mereka boleh melabur di dalam syarikat ini tetapi mereka akan membawa budaya baharu dan mampu membantu Malaysia Airlines bersaing dengan pasaran pada masa akan datang,” katanya.

Syarikat penerbangan tersebut akan menumpukan kepada perancangan perniagaan jarak jauh sementara menunggu kelulusan lembaga pengarah syarikat pemegang saham tunggalnya, Khazanah Nasional Bhd.

Pada Mac lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menutup Malaysia Airlines sebagai salah satu pilihan selain menjual atau membiaya semula syarikan penerbangan yang menampung kerugian sejak bertahun-tahun itu.- MalaysiaGazette

Macamana boleh keluar idea merepek tutup Malaysia Airlines? – Abdul Aziz

Kerajaan masih belum buat keputusan nasib Malaysia Airlines