SYDNEY – Pusat bandar Darwin, Sydney yang sentiasa tenang bertukar menjadi hiruk pikuk apabila seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba melepaskan tembakan rambang sehingga empat maut manakala dua lagi cedera parah.

Agensi melaporkan, lelaki tersebut yang melepaskan tembakan rambang bertubi-tubi itu menggunakan senapang patah akhirnya berjaya diberkas pihak berkuasa.

Menurut jurucakap polis Wilayah Utara, Supritendan Gavin Kennedy suspek berusia 45 tahun kini telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Saksi memberitahu, sekurang-kurangnya suspek telah melepaskan 20 das tembakan secara rambang di beberapa tempat dalam tempoh masa yang singkat.

Seorang lagi saksi memberitahu stesen penyiar awam, ABC bahawa mereka melihat seorang lelaki bersenjatakan senapang memasuki sebuah hotel di Darwin.

“Dia kemudian mula menembak setiap bilik sambil mencari mangsa kemudian sesuka hati menembak beberapa orang sebelum melarikan diri menggunakan sebuah trak pikap jenis Toyota,” kata saksi kejadian.

Beberapa jam sebelum  telah menutup beberapa bahagian di bandar itu dan memberi amaran kepada orang awam mengenai seorang lelaki bersenjata yang sedang berlegar-legar melepaskan tembakan rambang.

Sementara itu, Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkata serangan itu tidak mempunyai kaitan dengan pengganas atau aktiviti keganasan. –MalaysiaGazette