Sarri pilihan utama menggantikan Conte di Chelsea
Maurizio Sarri

LONDON – Pemain tengah Chelsea. Jorginho akan kecewa sekiranya Maurizio Sarri menyertai Juventus.

Menurut ESPN, pemain itu berpendapat tindakan pengurus kelabnya dilihat sebagai pembelot oleh penyokong Napoli.

Chelsea dikatakan bersedia untuk menerima permohonan pelepasan oleh Sarri untuk membenarkan pengurus itu menyertai Juventus bagi menggantikan Massimiliano Allegri.

Pernah dianggap pembelot 12 bulan lalu, Sarri hampir membawa Napoli menjuarai Serie A sebelum dikecewakan Juventus dengan perbezaaan empat mata.

Seperti Sarri, Jorginho juga menyertai Chelsea selepas tamat kempen musim 2017/18 bersama Napoli.

Bagaimanapun pemain tengah Itali kelahiran Brazil itu berkata, penyokong-penyokong Napoli pasti tidak gemar akan keputusan yang diambil oleh Sarri itu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.