Seorang penduduk, Ahmad Fauzi Shaugi bermain bunga api berus periuk bagi memeriahkan suasana malam Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Udang, Klang. foto HAZROL ZAINAL, 31 MEI 2019.

KLANG – Berus periuk halus disumbat ke dalam pemukul telur sehingga padat sebelum dinyalakan dan dipusing laju bagi menghasilkan percikan seperti bunga api.

Itu merupakan sebahagian daripada aktiviti wajib yang dilakukan Ahmad Fauzi Mohamad Alim, 22, pada setiap malam Hari Raya Aidil Fitri.

Anak jati Kampung Delek Baru, Klang, Selangor itu berkata, walaupun permainan tersebut semakin dilupakan oleh kebanyakan remaja masa kini namun ia sangat dekat di hatinya.

“Ketika mula-mula belajar bermain permainan tersebut, saya hanya menggunakan tali untuk mengikat berus periuk sehingga menyebabkan tangan saya melecet dan baju turut berlubang kerana terkena bara api.

“Bunga api berus periuk merupakan permainan yang seronok ketika meluangkan masa bersama rakan selain dapat menghasilkan gambar-gambar yang cantik daripada percikan api tersebut,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tambah Ahmad Fauzi, bentuk percikan bunga api yang dihasilkan juga berbeza-beza mengikut kreativiti si pemain dan semestinya lebih seronok berbanding bermain bunga api biasa.

Katanya lagi, permainan tersebut selamat untuk dilakukan tetapi bagi kanak-kanak mereka memerlukan pengawasan orang dewasa bagi mengelak sebarang kecederaan akibat terkena bara api.

MGF31052019_BUNGA API BERUS PERIUK07
Empat sekawan membuat abjad RAYA menggunakan bunga api sempena menyambut malam Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Udang, Klang. foto HAZROL ZAINAL, 31 MEI 2019.
MGF31052019_BUNGA API DAN BERUS PERIUK MALAM AIDILFITRI04
Hanania Malika menyalakan bunga api pada pelita yang disediakan bagi memeriahkan suasana malam Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Udang, Klang. foto AFFAN FAUZI, 31 MEI 2019.
MGF31052019_BUNGA API DAN BERUS PERIUK MALAM AIDILFITRI08
Aoran Malik berlari keriangan sambil bermain bunga api bagi memeriahkan suasana malam Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Udang, Klang. foto AFFAN FAUZI, 31 MEI 2019.
MGF31052019_BUNGA API DAN BERUS PERIUK MALAM AIDILFITRI06
Hanania Malika (kiri, Ariff Daniel dan Aoran Maliki (kanan) kelihatan ceria bermain bunga api bagi memeriahkan suasana malam Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Udang, Klang. foto AFFAN FAUZI, 31 MEI 2019.
MGF31052019_BUNGA API DAN BERUS PERIUK MALAM AIDILFITRI09
Hanania Malika (kianan), Ariff Daniel (kiri) dan Aoran Maliki (tengah) berlari keriangan sambil bermain bunga api bagi memeriahkan suasana malam Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Udang, Klang. foto AFFAN FAUZI, 31 MEI 2019.
MGF31052019_BUNGA API DAN BERUS PERIUK MALAM AIDILFITRI05
Hanania Malika (kiri, Ariff Daniel dan Aoran Maliki (kanan) kelihatan ceria bermain bunga api bagi memeriahkan suasana malam Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Udang, Klang. foto AFFAN FAUZI, 31 MEI 2019.
MGF31052019_BUNGA API DAN BERUS PERIUK MALAM AIDILFITRI16
Seorang penduduk, Ahmad Fauzi Shaugi (kiri) bersama adiknya, Ahmad Fauzan Shaugi (kanan) melakukan kerja-kerja pembuatan bunga api berus periuk yang akan memeriahkan suasana malam Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Udang, Klang. foto AFFAN FAUZI, 31 MEI 2019.
MGF31052019_BUNGA API BERUS PERIUK10
Seorang penduduk, Ahmad Fauzi Shaugi (kiri) bersama adiknya, Ahmad Fauzan Shaugi (kanan) melakukan kerja-kerja pembuatan bunga api berus periuk yang akan memeriahkan suasana malam Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Udang, Klang. foto HAZROL ZAINAL, 31 MEI 2019.
MGF31052019_BUNGA API BERUS PERIUK14
Seorang penduduk, Ahmad Fauzi Shaugi bersama adiknya, Ahmad Fauzan Shaugi melakukan kerja-kerja pembuatan bunga api berus periuk yang akan memeriahkan suasana malam Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Udang, Klang. foto HAZROL ZAINAL, 31 MEI 2019.
MGF31052019_BUNGA API BERUS PERIUK11
Seorang penduduk, Ahmad Fauzi Shaugi menunjukkan bunga api berus periuk yang akan memeriahkan suasana malam Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Udang, Klang. foto HAZROL ZAINAL, 31 MEI 2019.
MGF31052019_BUNGA API BERUS PERIUK13
Seorang penduduk, Ahmad Fauzi Shaugi menunjukkan bunga api berus periuk yang akan memeriahkan suasana malam Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Udang, Klang. foto HAZROL ZAINAL, 31 MEI 2019.
MGF31052019_BUNGA API DAN BERUS PERIUK MALAM AIDILFITRI15
Seorang penduduk, Ahmad Fauzi Shaugi menunjukkan bunga api berus periuk yang akan memeriahkan suasana malam Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Udang, Klang. foto AFFAN FAUZI, 31 MEI 2019.
MGF31052019_BUNGA API BERUS PERIUK15
Seorang penduduk, Ahmad Fauzi Shaugi bermain bunga api berus periuk bagi memeriahkan suasana malam Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Udang, Klang. foto HAZROL ZAINAL, 31 MEI 2019.
MGF31052019_BUNGA API BERUS PERIUK04
Seorang penduduk, Ahmad Fauzi Shaugi bermain bunga api berus periuk bagi memeriahkan suasana malam Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Udang, Klang. foto HAZROL ZAINAL, 31 MEI 2019.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast