KUALA LUMPUR – Sambutan Aidilfitri tahun ini bermakna buat pasangan selebriti, Lisa Surihani dan Yusry Abd. Halim apabila mereka berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah.

Lebih manis lagi, mereka ke sana bersama dua cahaya mata, Yahaira Leanne, 4, dan Yusof Leonne, 2 serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad.

Perkara tersebut dikongsikan Lisa melalui Instagram miliknya hari ini.

“Buat pertama kali, kami meraikan Aidilfitri dengan makam Rasulullah SAW dan masjid-masjid di Madinah. Insya-Allah Amin.

“Semoga dipermudahkan perjalanan, urusan dan dalam mengerjakan umrah. Moga kami semua diberikan kesihatan untuk melaksanakan ibadah.

“Dengan rasa rendah diri, saya sangat bersyukur kali pertama saya ke sini adalah bersama suami, isteri dan anak-anak. Tiada kata-kata untuk menggambarkan perasaan ini,” kata Lisa.

Melalui perkongsian foto itu kelihatan pelakon filem Lagenda Budak setan itu bersama suami dan dua anak serta ibunya dalam pesawat. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.