Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi semasa pelajar itu berseorangan diri di halaman rumahnya, sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki kereta Perodua Viva berwarna hitam.

KOTA BHARU – Polis akan menjalankan siasatan lebih lanjut berkaitan satu kes yang ditularkan mengenai sebuah kereta yang terbakar didakwa akibat dibaling mercun pada 4 Jun (malam raya) lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya ada menerima laporan berkaitan kejadian itu dan perkara itu akan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

“Setakat ini polis masih melakukan siasatan dengan bantuan pihak forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan untuk mengesahkan sama ada punca kebakaran itu adalah dari perbuatan balingan mercun atau punca lain.

“Kita memberi amaran keras kepada mana-mana pihak agar tidak bermain atau membakar mercun kerana ia satu kesalahan selain boleh mendatangkan bahaya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti bermain dan membakar mercun.

“Polis telah menubuhkan satu pasukan khusus untuk memantau dan mengambil tindakan berhubung perkara ini,” katanya.

Sejak semalam tular dalam laman sosial mengenai sebuah kereta jenis Perodua Kancil dikatakan terbakar selepas dibaling mercun oleh sekumpulan individu.

Dalam kejadian menjelang pukul 12 tengah malam itu, mercun yang dibaling dikatakan termasuk ke dalam kereta dan meletup menyebabkan percikan api dan terbakar. – Bernama