Mohamed Salah nekad mahu berpuasa penuh sepanjang Ramadan ini.
Mohamed Salah nekad mahu berpuasa penuh sepanjang Ramadan ini.

MESIR – Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah meneruskan amalan kembali ke kampungnya di Mesir untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri

Namun tahun ini, Salah meluahkan rasa kecewa dengan sikap beberapa media  yang berkampung di depan rumahnya sehingga mengganggu privasi pemain itu dan keluarganya.

Apa yang membuatkan Mohamed Salah bengang kerana sikap tidak profesional wartawan itu telah membuatkan dia tidak dapat keluar rumah untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid.

Malah Salah turut hairan dengan gelagat para wartawan yang tidak meraikan Hari Raya dengan menunaikan solat itu.

Bagi bintang antarabangsa Mesir itu, dia berpendapat sepatutnya setiap orang diberikan ruang untuk menikmati Hari Raya dengan sempurna.

“Saya tidak dapat keluar rumah untuk menunaikan solat Aidilfitri kerana sikap beberapa

Salah menganggap tindakan media bukan lagi kerana mereka ‘sayangkan’ beliau namun lebih kepada sikap tidak profesional.

Tahun lalu, alamat rumah Salah telah dibocorkan oleh media tanpa kebenarannya dan membuatkan ramai menyerbu rumahnya. – MalaysiaGazette