Christian Eriksen

ENGLAND – Christian Eriksen sudah meluahkan hasrat dan mengesahkan dia mahu meninggalkan Tottenham Hotspurs dalam masa terdekat lagi ini.

Bagaimanapun Tottenham Hotspurs dijangka tidak memberi laluan muda untuk pemain itu dibeli Real Madrid.

Laporan di England mendakwa Spurs akan menuntut yuran 80 juta pound untuk melepaskan bintang Denmark itu.

Eriksen semalam mengeluarkan kenyataan dia sedang mencari cabaran baharu bersama kelab lain sekaligus mengesahkan spekulasi dia bakal meninggalkan kelab itu.

Bagaimanapun dia dijangka ‘ diperangkap’ di Spurs apabila pengerusi kelab itu meletakkan nilai tuntutan yuran yang tinggi terhadap mana mana kelab yang ingin mendapatkan pemain tersebut.

Real Madrid dijangka destinasi pilihan Eriksen dengan kontrak berbaki setahun lagi.

Namun Eriksen dan Madrid mengharapkan yuran 40 juta pound logik untuk memuktamadkan penyertaannya di Santiago Bernabeu.

Bagaimanapun, Levy tidak bersedia melepaskan pemain itu kecuali yuran pembelian berganda daripada nilai itu dikemukakan kelab la Liga itu.- MalaysiaGazette