Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri diyakini tidak akan membuat keputusan sendiri berkenaan pelantikan sesuatu jawatan pada masa akan datang.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju perbincangan mengenai pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berpendirian sesuatu pelantikan perlu dibuat mengikut landasan peruntukan undang-undang.

“Untuk ke hadapan, kalau ada lain lantikkan, mungkin saya yakin PM akan bincang dengan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) supaya mereka juga faham dan tahu.

“(Tetapi) sebagai langkah terakhir itu keputusan PM untuk menasihatkan Agong,” katanya semasa sidang akhbar pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Pagoh, Johor hari ini.

Pelantikan untuk apa juga jawatan penting dalam agensi selepas ini, tambah Muhyiddin, perlulah sejajar dengan manifesto PH. selepas ini.

“Banyak yang telah pun kita senaraikan dalam manifesto itu menjadi sesuatu janji, ia harus kita ditunaikan.

“Mungkin kerana baru lagi, kadang-kadang kita belum lagi meneliti perkara itu.

“Tapi untuk ke hadapan, supaya selari dengan apa kita kemukakan dalam manifesto, ada baik jugalah perbincangan diadakan di peringkat tertinggi,” tambahnya. – MalaysiaGazette