Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Para penunggang motorsikal dinasihatkan lebih berhati-hati pada musim perayaan ini.

Nasihat ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Zakaria Ahmad Zabidi susulan peningkatan kadar kemalangan membabitkan motosikal yang tinggi dan membimbangkan.

Berdasarkan rekod sehingga 6 Jun 2019, 13 daripada 18 kematian akibat kemalangan sejak Ops Selamat dilancarkan pada 29 Mei 2019 lalu terdiri daripada penunggang motorsikal.

Dalam perkembangan terkini, Johor merekodkan 19 kematian akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh lapan hari Op tu dijalankan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, angka kematian itu melibatkan 14 kes kemalangan motosikal, tiga (kereta) dan satu (pejalan kaki).

Terbaharu, dua rakan berkonvoi maut selepas motosikal mereka bergesel sesama sendiri di jalan besar Jengka 23, Maran, pada Khamis..-MalaysiaGazette