Neymar muncul di Balai Polis di Rio de Janeiro dalam keadaan berkerusi roda untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan merogol wanita yang dihadapinya.

RIO DE JANEIRO – Bintang bola sepak, Neymar hadir ke balai polis dalam keadaan berkerusi roda untuk membantu siasatan kes dakwaan rogol wanita yang dihadapinya.

Neymar hadir dalam keadaan kaki kirinya dibalut untuk dirakam keterangan oleh polis berhubung dakwaan dia telah merogol wanita di sebuah hotel di Paris, Perancis.

Dia ditemani tiga individu memasuki bangunan pejabat Polis di Rio de Janeiro selepas polis membuka kertas siasatan ke atas bintang Brazil dan PSG itu.

Dia diserbu puluhan media dan lenca kamera dan berkongsi komen sebelum menunjukkan jari sebagai tanda bagus ketika tiba di ibu pejabat polis itu.

Naymar didakwa merogol wanita Brazil bernama Najila Trindade Mendes de Souza, 26 Mei lalu.

Persekutuan Bola Sepak Brazil mengesahkan Neymar menerima panggilan polis untuk hadir ke ibu pejabat polis bagi merakam keterangan dan disoal siasat.

Neymar kira kira tiga hari lalu sebagai menafikan dakwaan merogol wanita dan mendakwa dia menjadi mangsa keadaan.

Neymar juga berkongsi gambar dan teks mesej Whatsapp yang dihantar mangsa kepadanya dalam media sosial tanpa kebenaran mangsa untuk mempertahankan dirinya dari tuduhan berniat jahat itu.

Trindade mendakwa dia secara asasnya bersetuju untuk mengadakan seks bersama bintang bola sepak itu secara suka sama suka tetapi bersyarat menggunakan perlindungan pencegahan kehamilan.

Bagaimanapun wanita gadis berusia 26 tahun itu mendakwa Neymar tidak layan permintaannya dan bertindak agresif merogolnya.

Bukan sekadar itu, mangsa hari ini muncul di kaca televisyen tempatan dan mendedahkan kepada penonton rakaman video yang menunjukkan pergaduhannya dengan Neymar semasa pertemuan kedua dengannya.

Neymar sebagai menafikan segala dakwaan gadis itu berkata dia tidak pernah berkongsi sebarang foto atau maklumat perbualan mereka di dalam sosial media.

Neymar pula mengakui dia mengadakan seks dengan wanita itu dengan persetujuannya dan bukan merogol seperti yang difitnah wanita itu.

Neymar menyifatkan wanita itu berbohong dan memeras ugut ke atasnya.- MalaysiaGazette