Eden Hazard

LONDON – Bintang sensasi Chelsea, Eden Hazard akhirnya berhijrah ke La Liga apabila sah menyertai Real Madrid pada musim depan.

Pengumuman dibuat di laman rasmi Twitter Real dengan status Selamat Datang Hazard sebentar tadi.

Real dilaporkan bersetuju membayar yuran perpindahan sekitar £88 juta dengan kontrak lima tahun dan tambahan beberapa lagi bonus.

Hazard menjadi idaman Real selepas Piala Dunia 2018 namun Chelsea enggan menjual pemain antarabangsa Belgium itu pada sebarang harga dan yakin dia akan menyambung kontrak di kelab London itu.

Namun Hazard, 28, memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak dengan The Blues dan mahu cabaran baharu di bawah pengurus Zinedine Zidane.

Real masih berputus asa untuk mendapatkan Hazard dan teurs mengadakan beberapa siri rundingan dengab Chelsea.

Hazard akan menjalani ujian perubatan pada 13 Jun ini selepas tamat tugasan antarabangsa.

Dia kemudian akan diperkenalkan secara rasmi kepada peminat di Bernabeu itu. – MalaysiaGazette