Chelsea sudah mengenalpasti pengganti sesuai Hazard dari Bayer Leverkusen tetapi menunggu keputusan mahkamah CAS.

ENGLAND – Chelsea mahu menandatangani pemilikan pemain Bayer Leverkusen, Leon Bailey untuk musim ini bagi menggantikan Eden Hazard yang menyertai Real Madrid.

Bagaimanapun, ia hanya dilaksanakan setelah rayuan penggantungan daripada membeli pemain dibuat.

The Blues telah mengemukakan rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dan mengharapkan penggantungan yang dilaksanakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa terhadap kelab itu (FIFA) dibatalkan oleh mahkamah tersebut.

Chelsea sudah lama dikaitkan dengan pemain berusia 21 tahun itu.

Bailey diletakkan nilai sekitar 80 juta pound oleh kelabnya.

Jika Chelsea berjaya merekrut pemain itu selepas keputusan mahkamah memihak mereka, Bailey akan menjadi pemain termahal yang direkrut Chelsea sepanjang masa.

Penghijrahan Hazard ke Bernabeu semalam memaksa kelab itu memburu pengganti sesuai untuk menghadapi musim hadapan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Hazard berpindah ke Madrid dengan nilai 88 juta pound.

Bailey diyakini bintang paling layak untuk menggantikan Hazard di Stamford Bridge.

Sebelum dikenakan sekatan merekrut pemain, Chelsea sudah mendaptkan Christian Pulisic dan David Neres Januari lepas.

Kini segala pelan merekrut pemain baharu bergantung kepada keputusan mahkamah. – MalaysiaGazette