Frank Lampard calon tunggal menggantikan Sarri di Stamford Bridgge.

ENGLAND – Chelsea dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk melantik pemain legendanya, Frank Lampard sebagai pengurus baharu menggantikan Maurizio Sarri yang dijangka menyertai Juventus.

Sarri menghadapi musim yang tidak menentu di Stamford Bridge sejak 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, di sebalik segala pergelutan itu, beliau berjaya membantu the Blues menjulang LIga Europa menewaskan Arsenal 4-1.

Namun, Sarri djangka kembali ke tanahairnya di Itali selepas Juventus dikhabarkan sudah mengikat khidmat jurulatih itu musim ini.

Wakil Sarri dijangka bertemu pengurusan tertinggi the Blues untuk membincangkan pakej bayaran pampasan sebelum berundur dari Stamford Bridge.

Allegri iaitu bekas pengurus Old lady antara calon yang dikhabarkan kuat menggantikan Sarri di Stamford Bridge.

Tetapi, laporan kuat mengatakan Chelsea sedang serius meneliti Lampard untuk menggantikan Sarri di London Barat.

Sekatan merekrut pemain yang dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas Chelsea selama 12 bulan bermula Februari lalu menyekat Sarri terlibat dalam urusan pembelian pemain baharu.

Chelsea masih menunggu keputusan rayuan di mahkamah Timbang Tara Sukan untuk membatalkan hukuman FIFA.

Chelsea juga akan menerima semula Petr Cech apabila bersedia untuk melantik semula bekas penjaga gol itu sebagai pengarah terknikal kelab itu.

Petr sudah bersara dari bola sepak setelah kekalahan Arsenal kepada Chelsea dalam aksi akhir Liga Europa 29 Mei lalu. – MalaysiaGazette