Aliran trafik mula perlahan dan sesak dari arah Pantai Timur menghala ke ibu kota berikutan warga kota mula pulang secara berperingkat selepas bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri. foto AFFAN FAUZI

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan setakat jam 10 pagi tadi.

Perkara itu berlaku berikutan orang ramai berpusu-pusu meninggalkan kampung halaman sebelum berakhir cuti Hari Raya Aidilfitri.

Berdasarkan maklumat daripada PLUS, trafik pagi ini sesak di Bangunan Sultan Iskandar dari Singapura menuju ke Malaysia sementara perlahan dari Tangkak ke Jasin.

Trafik turut dilapor perlahan selepas terowong menuju hentian sebelah Simpang Pulai (Selatan), kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah ke Bidor, Bidor ke Sungkai dan Bukit Tagar ke Bukit Beruntung.

Keadaan trafik perlahan turut berlaku dari Bukit Merah ke Taiping (Utara) kerana terdapat satu kemalangan di Kilometer (km) 204.2 arah selatan menyebabkan lorong kanan terhalang.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Trafik pula memaklumkan, trafik perlahan dari Karak ke Plaza Tol Bentong dan Lentang ke Bukit Tinggi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.