Dana dan Peter Venkman’s (Bill Murray) love bakal kembali dalam Ghostbusters 3.

NEW YORK – Sigourney Weaver akhirnya mengesahkan bakal kembali melakukan kemunculan dalam sekuel ketiga filem hantu popular Ghostbusters.

Dia juga menegaskan Bill Murray juga akan kembali berlakon dalam filem ketiga itu.

Weaver akan memegang watak Dana Barret, penghuni apartmen berhantu demigod sebelum dirasuk sepertimana dalam filem pertamanya pada tahun1984.

“Sangat teruja dan pastinya akan menyeronokkan sebab mahu bekerja semula dengan pasukan pelakon dan krew peneribat asal.

“Bill Mutrray, Dan Ackroyd dan Ernue Hudson yang memainkan watak asal Ghosbusters keluaran  tahun 1984 namun belum lagi disahkan secara rasmi sama ada akan berganding dengan pengeluar rasmi Sony atau sebaliknya.

Namun watak keempat filem klasik Ghostbusters, Harold Ramis yang memegang watak Egon Spengler meninggal dunia pada 2014.

Anak pengarah asal filem berkenaan Ivan Reitman, iaitu Jason Reitman akan mengarahkan filem tersebut.

Harold Ramis, Dan Aykroyd, dan Bill Murray dalam filem ‘Ghostbusters’, 1984

Laporan mendakwa pengarah asalnya Reitman sebak kerana keterujaan selepas mendengar idea anaknya untuk mengembalikan dunia Ghostbusters itu semula.

Jason Sietman berkata dia peminat pertama filem Ghostbusters klsik arahan ayahnya.

“Saya ketika itu berusia enam tahun ketika memasuki set penggambaran Ghostbusters oleh bapa saya.

“Dalam filem 80-an itu apa yang berlaku adalah menunjukkan zaman tersebut.

“Filem saya pula akan menunjukkan Ghostbusters era semasa,” katanya.

Ghostbusters 3 akan menemui penonton di pawagam seluruh dunia pada tahun 2020.-MalaysiaGazette

 

Klip Video trailer Ghostbusters 3