Umi Hafilda

KUALA LUMPUR – Adik bongsu Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Ummi Hafilda tiba-tiba memuatnaik status dipercayai berhubung isu video mirip menteri Pakatan Harapan (PH) yang tersebar hari ini.

Status Facebook itu dimuatnaik beberapa jam lalu berhubung penyebaran tiga video seks melihatkan dua lelaki di atas katil.

“Akhirnya Allah tunjuk kan jua sapa mereka.

“Doa org teraniaya di jawab Allah. Kedua-duanya tidak layak memimpin negara…yang batil hancur,” katanya di Facebook.

Status itu dipercayai merujuk kepada laporan MalaysiaGazette awal hari ini mengenai video didakwa melibatkan seorang pegawai Timbalan Menteri.

Bagaimanapun menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau tidak maklum dengan penyebaran tiga video seks mirip seorang menteri Kabinet di bawah pemerintahan beliau.

“Saya tak tahu apa pun, saya baru dengar, saya kena baca dulu.

“Kalau awak (wartawan) boleh bagi brief (taklimat). Boleh juga,” katanya.

Kali terakhir Umi Hafilda berada pada majlis umum adalah pada majlis kutipan dana anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tahun lalu.

Ketika itu, Umi Hafilda duduk bersebelahan dengan Dr Mahathir selaku Pengerusi PH. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here