Wayne Rooney

LONDON – Penyerang Wayne Rooney berpendapat Manchester United perlu mencari pemain muda yang lebih berpotensi dan menggilap bakat mereka.

Pemain berusia 32 tahun itu berkata, United jangan terburu-buru membeli satu atau dua pemain yang berharga lebih 100 juta paun kerana ia belum tentu dapat membantu skuad dan pemain sedia ada.

“Lima atau enam orang pemain baharu yang mempunyai potensi untuk menjadi pemain terbaik pada masa akan datang dan tidak perlu berbelanja besar seperti 120 juta ke atas seorang pemain.

“Saya fikir nilai 30 atau 40 juta paun sudah memadai untuk meningkatkan pasukan untuk disegani bagi merampas kembali Liga Perdana Inggeris,” katanya memetik laporan Eurosports.

Pengurus United, Oleh Gunnar Solskjaer sedang membina kembali skuad utama selepas musim kempen 2018/19 yang mengecewakan

Kelab juara Liga Perdana 13 kali itu melantik Solskjaer selepas memecat Jose Mourinho Disember lalu dan menamatkan saingan liga di tangga keenam, sekaligus gagal untuk melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara.

Jumaat lalu United bersetuju untuk mengikat pemain sayap Swansea berusia 21 tahun , Daniel James. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here