Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR – Satu sesi townhall bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan diadakan petang ini bagi menjawab keluhan doktor klinik swasta yang melancarkan bantahan terhadap keengganan kerajaan menaikkan yuran rawatan sejak 27 tahun lalu.

Kementerian Kesihatan mengesahkan sesi berkenaan akan berlangsung di bangunan Puspanita di Presint 10, Putrajaya, pukul 2 petang.

Bantahan tersebut berpaksikan kepada keengganan Kabinet menaikkan yuran konsultasi daripada RM10 kepada RM35 oleh klinik swasta.

Kenaikan itu disifatkan amat kecil berbanding kadar RM35 sehingga RM125 yang dikenakan hospital swasta.

Notis menggesa klinik swasta menyertai bantahan itu tular di laman-laman sosial. – MalaysiaGazette