Dzulkefly Ahmad (baju biru) berbual dengan dua wanita Orang Asli di Kampung Koh, Gua Musang semalam.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yakin punca kepada kematian misteri kepada 12 Orang Asli Bateq di Gua Musang akan dapat diselesaikan segera.

Menteri Kesihatan itu berkata, meskipun punca jangkitan pernafasan belum dapat dipastikan tetapi keputusan ujian tibi dan Leptospirosis adalah negatif.

Sambil melahirkan insaf melihat keadaan hidup penduduk Orang Asli di situ yang tinggal tanpa sumber air dan elektrik, Dzulkefly berkata, perkata itu telah diambil perhatian oleh Mesyuarat Jawatankuasa Antara Agensi hari ini dan tindakan susulan akan diambil.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang dan Program Kesihatan Awam KKM atas usaha dan komitmen mereka.

Semalam, Dzulkefly telah melawat pesakit Orang Asli yang dirawat di Hospital Guan Musang dan perkampungan mereka.

Dalam kenyataannya semalam, Dzulkefly berkata, pihaknya sedia bekerjasama membuat bedah siasat terhadap 12 mayat Orang Asli yang ditanam bagi mencari punca sebenar kematian .

Bagaimapun, katanya, setakat ini usaha mengesan kubur-kubur mereka sukar kerana tidak ada lokasi spesifik.

Beliau juga meminta orang ramai tidak memasuki kawasan perkampungan Orang Asli di Kampung Koh bagi mengelak jangkitan kuman pada paru-paru. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.