TERKINI : PSC Berfungsi Secara Tidak Sah – Tun Mahathir

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Jawatankuasa Khas Parlimen Melantik Jawatan Utama Perkhidmatan Awam (PSC) tidak berfungsi secara sah mengikut undang-undang.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri itu berkata kerajaan perlu meminda Perlembagaan dan ia memerlukan undi dua pertiga Dewan Rakyat jika mahu PSC diberi kuasa muktlak.