Tun Dr. Mahathir Mohamad. foto HAZROL ZAINAL, 11 JUN 2019.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak maklum akan penyebaran video seks sejenis yang melibatkan individu mirip seorang menteri beliau, hari ini.

Menurutnya, beliau sedia untuk melihat video berkenaan sekiranya ada.

“Saya tak tahu apa pun, saya baru dengar saya kena baca dulu.

“Kalau awak (wartawan) boleh bagi brief. Boleh juga,” katanya sambil disambut ketawa beberapa orang menteri.

Antara yang hadir adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dan Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Tan Seri Zeti Akhtar Aziz.

Awal hari ini tular tiga video seks mirip menteri melibatkan seorang lelaki.

Turut disebarkan perbualan seks antara ‘menteri’ berkenaan dengan lelaki yang didakwa pegawai seorang Timbalan Menteri.

Dalam video berkenaan, ‘Menteri’ menerima seks oral daripada seorang lelaki.

Difahamkan kejadian dilaporkan berlaku di luar negara berdasarkan kepada suara dalam televisyen di dalam video berkenaan. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

 

https://malaysiagazette.com/blog/2019/06/11/gambar-intim-lelaki-mirip-seorang-menteri-tersebar/