Antoine Griezmann Foto Daily Mirror

MADRID – Penyerang Antoine Griezmann berada dalam dilema sama ada akan kekal di La Liga atau sebaliknya, selepas  dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG).

Baru-baru ini, pemain berusia 28 tahun mengumumkan meninggalkan Atletico Madrid selepas lima tahun bersama dan juara dunia bersama Perancis itu dikaitkan bakal menyertai juara Sepanyol, Barcelona.

Bagaimanapun, PSG muncul sebagai destinasi baharu buat Griezmann selepas pasukan itu tidak pasti mengenai masa depan Kylian Mbappe dan Neymar.

“Semuanya masih terlalu awal dan harap bersama.

“Saya akan putuskan masa depan saya segera tetapi tidak perlu tergesa-gesa.

“Saya tidak pasti sama ada akan kekal di Sepanyol. Mungkin lagi dua minggu kita semua akan tahu,” katanya selepas membantu Perancis menundukkan Andorra 4-0 dalam aksi kelayakan Euro 2020.

Griezmann mula menyertai Atletico daripada Real Sociedad pada 2014 dan sejak bersama pasukan itu, dia berjaya merangkul kejuaraan Liga Europa, UEFA Super Cup dan Supercopa de Espana.

Dia meledak 15 gol La Liga musim ini bagi membantu Atletico menamatkan saingan di belakang Barcelona. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here