Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR – Zuraida Kamaruddin menyifatkan penularan gambar dan video lucah membabitkan seorang menteri kanan adalah permainan politik kotor yang sangat menjengkelkan dan membantutkan usaha pembinaan semula Malaysia Baharu.

Lantaran itu, beliau mahu sebarang konspirasi politik bagi membunuh karakter seperti ini harus dihentikan serta-merta.

Naib Presiden PKR itu turut menyatakan keyakinan terhadap kredibiliti, integriti dan personaliti pimpinan yang difitnah tersebut  tanpa berbelah bahagi.

“Keyakinan saya ini adalah berdasarkan latar belakang penuduh yang sangat meragukan dan diketahui mempunyai hubungan baik dengan pihak pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Zuraida berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan serta menghadapkan pesalah ke muka pengadilan.

Semalam tular gambar-gambar dan video yang memaparkan hubungan sumbang antara seorang menteri kanan dan seorang lelaki lain di dalam sebuah bilik.

Gambar-gambar dan video berkenaan telah disebarkan melalui satu grup WhatsApp diberi nama ‘Jemputan Hari Raya’ awal pagi tadi.

Pagi tadi pula, lelaki yang dikaitkan dalam gambar dan video tersebut tampil membuat pengakuan bersumpah mengaku menjadi individu yang bersama dengan seseorang yang didakwa menteri Kabinet.

Haziq Abdullah Abdul Aziz yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin mengaku video yang tular itu dirakam pada 11 Mei lalu, di sebuah bilik hotel di Sandakan, Sabah. – MalaysiaGazette

1 Komen

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.