Foto Facebook Dato' Ahmad Yakob

KUALA LUMPUR – Pelakon Mustapha Kamal dan isterinya, Susan Manen dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRZPZ II) selepas mengalami demam, sejak Jumaat lalu.

Pelakon berusia 57 tahun dan isterinya pulang menyambut Aidilfitri di negeri ini.

Beliau dikatakan secara tiba-tiba mengalami muntah dan pening sebelum dikejarkan ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob turut meluangkan masa melawat Mustapha di HRPZ II yang dikongsikan di Facebook rasminya.

“Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan beliau agar pulih seperti biasa. Insya-Allah,” katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.