UEM Group mendakwa tidak mempunyai nombor akaun seperti yang ditularkan di media sosial.

KUALA LUMPUR – UEM Group telah membuat laporan polis untuk membersihkan namanya selepas syarikat itu dikaitkan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Syarikat itu berkata, pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan.

Tambahnya, UEM Group tidak pernah mempunyai akaun di cawangan utama Maybank KL dan juga tidak ada akaun dengan nombor yang didakwa oleh pelbagai laman media.

Semalam tular makluman transaksi Maybank bernilai AS$741,440.00 ke dalam akaun Deutsche Bank milik Azmin bersama beberapa keping gambar dan video seks luar tabii.

Traksaksi dana antarabangsa itu bertarikh 19 Disember 2017, dibuat pada pukul 19:36:26

Berdasarkan pada resit tersebut akaun itu milik UEM Group Berhad/United Engineering Malaysia Berhad dengan nombor akaun 5 915 0173 1093 7. – MalaysiaGazette