foto FAREEZ FADZIL, 10 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Harimau Malaya melonjak sembilan anak tangga untuk berada kedudukan ke-159 dunia selepas kemenangan besar agregat 12-2 ke atas Timor Leste dan menewaskan Nepal baru-baru ini.

Kedudukan terbaharu tersebut dikemaskini oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

Sebelum ini, Malaysia menewaskan Nepal 2-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 2 Jun lalu.

Pada 7 Jun lalu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu membelasah Timor Leste 7-1 dalam pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di venue yang sama.

Harimau Malaya terus melakar kemenangan 5-1 dalam aksi timbal balik di venue yang sama empat hari kemudian. – MalaysiaGazette