Haziq Abdullah Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Haziq Abdul Aziz dilaporkan ditahan pihak berkuasa petang tadi.

Memetik laporan The Malaysian Insight, Haziq yang mengaku secara terbuka adalah individu di ranjang bersama lelaki mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Laporan yang memetik sumber itu turut berkata Haziq ditahan kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Bagaimanapun masih tiada pengesahan daripada pihak berkuasa setakat ini.

Pihak MalaysiaGazette sedang mendapatkan kepastian daripada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hamid Bador bagi mendapatkan maklumat sahih. -MalaysiaGazette