SAC Fadzil Ahmat

KUALA LUMPUR – Datuk Lokman Noor Adam dan N. Gobalakrishnan yang ditahan semalam dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat mengesahkan pembebasan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan anggota MIC itu selepas siasatan awal selesai.

Lokman dan Gobalakrishnan ditahan di Taman Teknologi, Kajang kira-kira 6.45 petang kerana didakwa menghalang tugas penjawat awam dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

Lokman ditahan polis

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here