Haziq Abdullah Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan pihaknya telah menahan Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang mengaku sebagai individu dalam video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, Haziq ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5.30 petang tadi.

Ketika tangkapan dibuat, suspek berada di terminal pelepasan antarabangsa dan berdasarkan tiket penerbangan, suspek dijadualkan berlepas ke Manila.

Siasatan dijalankan mengikut peruntukan beberapa seksyen termasuk Seksyen 292 Kanun Keseksaan,  Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here