WASHINGTON-  Presiden Donald Trump bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook untuk berbincang mengenai perdagangan dan beberapa isu panas yang dihadapi oleh syarikat teknologi itu berikutan ancaman Trump untuk menaikkan duti import dari China.

“Pada Khamis, Trump bertemu dan berbincang mengenai perdagangan, pelaburan, imigresen dan privasi dengan Cook,” kata jurucakap White House Judd Deere.

Jurucakap Apple bagaimanapun tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan reaksi segera.

Pertemuan tersebut diadakan kerana Trump sedang mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan cadangan peningkatan tarif ke atas China atau tidak.

Katanya, beliau akan membuat keputusan tersebut selepas menghadiri Persidangan G20 di Osaka, Jepun pada akhir bulan ini di mana beliau berharap dapat bertemu dengan Presiden Xi Jinping.- MalaysiaGazette