Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bercakap sesuatu dengan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza (dua kanan) pada Majlis Akrab Aidilfitri di Dataran Bukit Antarabangsa, Ampang. Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 15 JUN 2019

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan dirinya akan kekal fokus untuk memegang jawatan dalam kabinet bagi menyokong polisi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tambah Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa itu, tidak keperluan untuk beliau berehat daripada jawatan setakat ini sebaliknya perlu bergerak ke hadapan.

Malah beliau mempersoalkan pihak yang mendesaknya untuk bercuti selepas dikaitkan dengan video seks baru-baru ini.

“Siapa yang minta (bercuti)? Apa yg disebut Perdana Menteri, pesanan sudah jelas iaitu hentikan gutter politic.

“Fokus saya, no way saya kekal berkhidmat sebagai menteri dalam usaha menyokong polisi Perdana Menteri dan seterusnya bergerak ke hadapan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Akrab Aidilfitri Masjid Bukit Antarabangsa 2019 di sini hari ini.

Mengulas penahanan individu yang terlibat dalam video seks itu, Haziq Abdullah Abdul Aziz di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) semalam, Mohamed Azmin berkata pihak berkuasa akan menjalankan menjalankan siasatan dan beliau telah memberi komitmen agar siasatan diteruskan.

Timbalan Presiden PKR itu akan memberi sokongan sokongan penuh dan kerjasama serta membiarkan pihak berkuasa membuat tugas mereka.

“Pihak berkuasa sudah arah setiausaha politik datang ke balai polis kelmarin dan beliau akan sambung beri kenyataan pada Isnin ini.

“Biar mereka buat kerja dan jangan ganggu proses siasatan,” katanya. – MalaysiaGazette