logo 1MDB
Gambar hiasan

DUBAI – Dua eksekutif yang dikaitkan dengan skandal dana Malaysia didapati bersalah terhadap jenayah kewangan dan dijatuhkan hukuman penjara di Abu Dhabi, lapor Wall Street Journal yang memetik individu yang biasa dengan perkara tersebut.

Khadem al Qubaisi, yang suatu ketika dahulu menerajui International Petroleum Investment Co (IPIC) dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun manakala warga Amerika Syarikat (AS), Mohammed Badawy al Husseiny yang mengendalikan anak syarikat IPIC dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun, menurut laporan itu.

Gabungan kedua-dua individu itu perlu membayar kira-kira AS$336 juta, lapor WSJ yang memetik kenyataan mahkamah Abu Dhabi.

Kenyataan mahkamah itu tidak menyatakan identiti lelaki tersebut, namun mereka yang biasa dengan tindakan perundangan memberitahu WSJ bahawa defendan yang tidak dikenali itu adalah Al Qubaisi dan Al Husseiny, lapor Bloomberg.

Ia juga memetik individu yang biasa dengan perkara itu sebagai berkata, kesalahannya berkaitan dengan skandal dana Malaysia.

Peguam badi kedua-dua lelaki itu dan wakil Mahkamah Jenayah Abu Dhabi enggan mengulas dakwaan tersebut, lapor WSJ.

1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang diwujudkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menarik pelaburan asing, mengumpul hutang berbilion dolar selepas penubuhannya pada 2009 dan ia merupakan tumpuan pelbagai siasatan yang berkaitan dengan dakwaan rasuah dan pembersihan wang.

Pada tahun lalu, dalam dokumen mahkamah, IPIC dan Aabar Investment mendakwa Goldman Sachs Group merasuah bekas para pegawai dana itu, dan sebagai pertukaran ‘bersetuju untuk memanipulasi dan mengelirukan IPIC dan Aabar dan menyalahgunakan nama, rangkaian dan infrastruktur syarikat untuk melakukan skim jenayah dan memanfaatkan secara peribadi.

Di Malaysia, Najib menghadapi tujuh tuduhan berkaitan pecah amanah, pembersihan wang dan penyalahgunaan kuasa yang membabitkan SRC INternational, bekas anak syarikat 1MDB terhadap bagaimana RM42 juta dananya dipindahkan ke dalam akaun peribadi.

Beliau juga menghadapi dakwaan lain terhadap skandal IMDB di Malaysia. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.