Mesut Ozil

LONDON – Unai Emery tertekan untuk mengimbangi gaji Mesut Ozil yang tinggi selepas Arsenal gagal beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah untuk tiga musim berturut-turut.

The Gunners menduduki tangga kelima Liga Perdana Inggeris dan perlu menewaskan Chelsea yang telahpun menempah slot dalam pertandingan tersebut menerusi kedudukan ketiga liga, malah pasukan itu menjuarai Liga Eropa yang merupakan usaha terakhir untuk beraksi dalam kejohanan tersebut.

Bagaimanapun kekalahan 1-4 The Gunners di Baku bermakna pasukan itu terkeluar daripada aksi kejohanan elit Eropah tiga musim berturut-turut dan ia memberi kesan kepada bajet dan perancangan Emery pada musim akan datang.

Pengurus warga Sepanyol itu telah diberi £45 juta untuk meningkatkan prestasi pasukannya dan diberitahu bajet itu terlalu rendah kerana Arsenal akan mengalami kerugian sebelum cukai sebanyak £50 juta untuk tahun sebelumnya, menurut The Sun.

Pada 12 bulan terakhir Arsene Wenger bersama Arsenal, pengurus itu telah membawa masuk Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette namun beliau juga telah mengumpul dana daripada penjualan Alex Oxlade-Chamberlain, Theo Walcott dan Olivier Giroud.

Arsenal telah melepaskan Stephan Lichtsteiner, Aaron Ramsey, Petr Cech dan Danny Welbeck namun Emery berada di bawah tekanan untuk mengurangkan gaji pemain.

Ozil menerima gaji tertinggi di Arsenal dan Emery mempunyai had terhadap pendapatan pemain yang berpendapatan £350,000 seminggu itu dalam usaha memperkukuhkan pasukannya. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.