Muzzammil Ismail

KUALA LUMPUR – Tindakan gerakan otai reformis yang secara terbuka dan keras mengasak Tun Dr Mahathir Mohamd supaya meletak jawatan hanya akan melewatkan proses peralihan kuasa berlaku.

Ini kerana, tindakan itu hanya menyebabkan proses itu terbantut atau tidak tercapai.

Exco Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),  Muzzammil Ismail berkata, penularan video lucah yang dikaitkan dengan pimpinan kanan PKR itu tidak boleh dijadikan alasan untuk menekan Perdana Menteri.

Sebaliknya, siasatan yang perlu dijalankan segera.

“Saya melihat kumpulan ini hanya bercita-cita mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Itu sahaja menjadi kiblat utama perjuangan mereka sedangkan agenda besar lain iaitu mengurus tadbir negara dan memperkukuhkan kepercayaan rakyat langsung tidak diambil penduli,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jelasnya, sebagai anak mereka sudah muak dengan politik purba berebut jawatan seperti ini.

“Matlamat kita berpolitik sewajarnya hanya ingin mengubah tanggapan rakyat berfikir khususnya dalam menerima kerajaan baru hari ini.

“Budaya politik serang menyerang di media, mengadu domba dan fitnah hanya menolak kerajaan yang dibina baru setahun ini runtuh,” ujar beliau. – MalaysiaGazette