Nuridah Mohd Salleh
Nuridah Mohd Salleh

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh menang tanpa bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Kerja DMPM bagi sesi 2019-2021.

Tiga jawatan utama iaitu Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua Dewan Muslimat Pas juga telah dimenangi tanpa bertanding.

Begitu juga dengan jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.

Pertandingan hanya berlaku untuk memilih 12 orang Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas daripada 16 calon.

Senarai berkenaan dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Dr. Mohd. Fuad Mohd. Salleh selepas selesai sesi pemilihan jawatankuasa berkenaan sempena Muktamar Tahunan Muslimat Pas Ke-59 di Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini hari ini.

Berikut adalah senarai keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja DMPM yang diumumkan di Pusat Konvensyen, Bukit Gambang Resort City sempena Muktamar Dewan Muslimat Pas Malaysia ke-59.

Ketua DMPM: Ustazah Nuridah Mohd Salleh (menang tanpa bertanding)

Timbalan Ketua: Dr Rosni Adam (menang tanpa bertanding)
Naib Ketua: Salamiah Mohd Nor (menang tanpa bertanding)

Pengerusi Tetap: Husna Saidun (menang tanpa bertanding)
Timbalan Pengerusi: Nor Azlina Azhar (menang tanpa bertanding)

Ahli Jawatankuasa Kerja DMPM sesi 2019-2021:

1. Dr Najihatussalehah Ahmad
2. Wan Hasrina Wan Hassan
3. Dr U’yun Abdul Malek
4. Dr Nurul Hani Ali
5. Dr Halimah Ali
6. Datuk Siti Aisyah Ghazali
7. Noraini Hussin
8. Asmak Hussin
9. Dr Uswah Tahrir
10. Nuri Muhammad
11. Husna Hashim
12. Dr Azimah Ibrahim – MalaysiaGazette