Rais Yatim

KUALA LUMPUR – Polis sudah tentu mendapat jawapan siapa dalang video seks menteri selepas menahan Haziq Abdullah Abdul Aziz baru-baru ini, kata Tan Sri Rais Yatim.

Justeru bekas menteri itu juga yakin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah dimaklumkan tentang maklumat yang berjaya diperolehi pihak berkuasa selepas penahanan itu.

Namun beliau tanpa menulis nama secara spesifik memberi bayangan bahawa dalang di sebalik video itu jika diumum hanya akan mengakibatkan arena politik negara hangat.

Rais yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan kemudian menyeru agar hanya pemimpin yang baik dipilih untuk mentadbir negara.

“Menjatuhkan pemimpin dengan cara memfitnah berlaku setiap musim di Malaysia.

“Kalau saudara tahu apa Haziq Aziz beritahu PDRM tentang siapa yang bagi petik api untuk membakar DS Azmin.

“PDRM tentu dah beritahu PM siapa dalang di sebalik tabir Haziq. Mari bersama bersihkan persada politik tanah air. Naikkan orang yang baik-baik, kancah politik Malaysia akan terus menggelegak,” katanya menerusi Facebook dua jam yang lalu.

Status Rais Yatim di FacebookJumaat lalu Ketua AMK Santubong menjadi perhatian selepas mengaku individu yang berada dalam video seks bersama seseorang yang didakwanya Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Beliau ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, ketika berada di terminal pelepasan antarabangsa untuk berlepas ke Manila, Filipina.

Beliau kemudian dibebaskan dengan jaminan polis pada 5.45 petang, semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. -MalaysiaGazette