Khalid Samad. foto FAREEZ FADZIL, 11 JUN 2019
Khalid Samad. foto FAREEZ FADZIL, 11 JUN 2019

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan tidak akan musnah kerana kewujudan video seks yang melibatkan individu mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Jelas Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad, kontroversi yang tercetus akibat video itu tidak penting dan beliau dalam masa yang sama yakin tiada yang akan menontonnya.

“Tidak ada. (Tidak hancurkan PH). Saya rasa video-video begitu tidak ada orang tengok.

“Video ini bagi saya tak penting,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Wangsamaju di Kampung Pauh.

Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, meskipun banyak kemungkinan yang diutarakan pelbagai pihak namun ia tidak wajar dilayan.

“Macam-macam kemungkinan, mungkin kita tidak boleh layan,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini yang mengingatkan rakan-rakan PH bahawa skandal video seks berisiko menyebabkan agenda Malaysia Baru tersasar daripada landasan sekaligus memusnahkan gabungan parti itu. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Amanah merestui penglibatan lgbt terlarang
    Ya lah, dulu2 pun video dan recording telephone boleh je….
    Patut lah Negara makin maju…..

Comments are closed.