JAKARTA – Dua belas terbunuh, manakala 43 cedera dalam kejadian sebuah bas terbabas dan merempuh tiga buah kenderaan di laluan bertentangan di Jawa Barat.

Kejadian 1 pagi tadi itu dipercayai berpunca daripada pemandu bas berkenaan yang mengantuk, sebelum terbabas merempuh dua buah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori.

Menurut media Indonesia yang memetik jurucakap Polis Indonesia, berkata kejadian itu berlaku di Kilometer 150, Lebuh raya Cikopo-Paliman, ketika bas itu dalam perjalanan dari Jakarta ke Cirebon.

Polis masih mengenal pasti butiran lengkap semua identiti mangsa yang terbunuh.Setakat ini tiada laporan membabitkan warga asing yang terbunuh.- BERNAMA